Saturday, March 24, 2012

Fikir-fikirkan lah..

Assalamualaikum...

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Yaya cuma nak kongsi satu situasi keadaan kita sekarang..yg kadang2 terlepas pandang dan terlepas kata sampai xperasan dah tersinggungkan hati org..

bukan! bukan niat nak melepaskan geram, cuma nak bg sedikit buah fikiran untuk korg fikir sndr mana yang betul dan mana yang salah..

satu hari ni, lepas yaya jalan-jalan kat kampung dengan kawan-kawan, yaya bertiga. yaya, A dan B..yaya pergi hantar A balik sbb dah petang waktu tu..maka terjadilah perbualan ini dalam kereta..

Yaya : Kita keluar bandar jom weekend ni..
A : Jom2, dah lama x tengok wayang sama2 kan..
B : Alaa, xnak la join..aku skrg dah tak tengok wayang dah..buat dosa je..
Yaya : Tang mana pulak yg kita "buat dosa" ni, tgk wayang dengan perempuan semua
kot..Herm ikut kau lah, klw x nak nti kite x payah la pegi wayang.kita pegi
shopping ke?
B : Ok la..apa kata kita pegi karaoke? dah lama aku x karok..
A : Aku ni suara sedap sgt la nak karok, haha..
Yaya : Aku pun xminat karok la, takpe kita pegi jalan2 je la..
B : Ok cun! xpe karok nti aku g dengan "bf" aku je la..
Yaya : (Manusia2~)

Agak2 paham tak apa yg yaya cuba sampaikan? kenapa mesti kita nak pertikaikan dosa pahala bilamana kita sendiri sedang buat perkara tu.. I don't mean that nak nasihat and tegur org tu salah..malah perkara baik tu..

Sangat-sangat digalak kan untuk kita sama-sama nasihat sesama kita, tp pernah tak kita tengok dan check balik samada perkara tu pernah, sedang atau akan pada berlaku pada kita. Bukanlah bermaksud yaya kata hanya orang baik je boleh nasihat orang lain..

Tapi cuba anda fikir macamana kita nak terima nasihat yang 'baik' tu tapi pada masa yang sama org yang menasihati kita tu sedang melakukan perkara yg dinasihatkan kepada anda..bagaimana agaknya anda rasa?..Wallahualam..
Moga-moga kita terhindar daripada perkara-perkara yang sebegitu..amin..

p/s : Fikir-fikirkan la..

1 comments:

outbound training di malang said...

kunjungan gan.,.
bagi" motivasi.,.
fikiran yang positif bisa menghasilkan keuntungan yang positif pula.,..
di tunggu kunjungan balik.na gan.,.,