Monday, October 31, 2011

Demi Matahari..

Assalamualaikum w.r.t ..

lame dah rase x tulis pape kat sini, kecian awk kan blog..
Alhamdullillah..kerja2 untuk minggu ni dah selesai..
my PSM (final project) is going to chapter 3..usaha sikit lg oke yaya..?
em yaya cuba nak kongsi video ni,tp die mcm xleh nak bukak pulak..
lagu ni adalah makna daripada Surah Asy Syams ayat 1-10..
tapi yaya tulis kan die punya lirik ye..
korg cari je kat Youtube tu, ade je video nya..
oke semua, sama2 hayati..sangat bermakna isi lagu ni..

DEMI MATAHARI (SNADA)

Demi Matahari..
dan sinarnya dipagi hari..
Demi bulan apabila ia mengiringi...

Demi siang hari..
bila menampakkan dirinya...
Demi malam apabila ia menutupi..

Demi langit berserta seluruh binaan nya..
Demi Bumi serta yang ada dihamparan nya..
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaan nya...

Allah..Subhanallah...
Allah..Subhanallah...
Allah..Subhanallah...
Allah..Subhanallah...

Allah mengilhamkan...
sukma kefasikan dan ketaqwaan...
beruntung bagi yang mensucikan nya...
berugi bagi yang mengotori nya...

P/S : kdg2 kita x suka dengan sesuatu teguran, tp sebenarnya itu yang membuatkan kita hidup dengan keadaan yang lebih baik..sesungguhnya Allah telah menjadikan sesuatu itu bersebab, Redha..






Saturday, October 29, 2011

oh no! kalah.

Assalamualaikum..

xtau nak tulis ape, tp sedih sgt Terengganu kalah Piala Malaysia td..
eh eh kau bukan org Johor ke?
haha, peduli pulak yaya..nak tgk Johor yg smpi ke final mmg berjanggut la..
bukan nak memperkecilkan kemampuan tanah kelahiran, tp kenyataan kot..hihi..
tp Johor tetap dihatiku sentiasa, tanah tumpah darahku tu..
disebabkan yaya ni agak fanatik bola, xsuke tgk pasukan yg disokong tu kalah..(ade ke yg suke??)
down giler kot, lg2 klu ade kawan yg sokong team lawan..
oh no!! sgt malu kot..tp cool je laa..bukan kite pun yg maen kan..(dlm hati membara nih!)
MU juge, jgn la kalah2..penat ni sorak! haha..(kau je la yg maen yaya)
haha, okela tade mud sbb ganu kalah..okebai!
nak wat PSM, mcm ape dah x siap2 ni.. ^_6
-kalah macamana pun ade je match dorg sy ttp sokong, even kalah pun..hehe- 
peace!


sori ye org2 Johor, sy dari minat bola dulu sokong dua ni jek..

sesungguhnya hanya Allah yang Maha Berkuasa..

'Dan jika Allah menimpakan suatu bencana kepadamu, tidak ada yang dapat menghilangkannya selain Dia. dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia Mahakuasa atas segala sesuatu. dan Dialah yang berkuasa atas hamba-hambanya. dan Dia Maha Bijaksana, Maha Mengetahui.'
-Surah Al-An'am, ayat 17-18.

Lelaki, jgn terlalu baik dengan ku..

Assalamualaikum..
Maaf kalau tajuk dan entry ni agak meluatkan bg sape2 yg bace..
bukan bermaksud nak mengecilkan hati mane2 pihak..
salah 1 sbb nya yaya ni sgt mudah tertarik dgn lelaki bersikap baik dgn yaya..
kdg2 lelaki tu layan yaya mcm die layan kwn2 die yg biasa je..
tp kadangkala yaya boleh terfikir kan best kalau die dapat jadi suami yaya ..herm,xpatut kan..
memang la semua org pun nak mr. perfect kan..
maybe naluri manusia kot, jahat2 mana pun kita bila berkahwin mesti la nak yang terbaik kan?
bukan apa yaya takut tersuka pd org yg x sebetulnya..
hati ini dah lama x berpunya, bimbang2 yg dtg tu dirasakan hnya utk mengisi kekosongan hati jek..
kecian tau, bukan sng nak jaga hati org ni..hati kita pun susah nak jaga, lagi la hati org..
bukan la yaya x bagi lelaki baik apatah lagi klw yg benar2 ikhlas kat yaya..
tp yaya cuma nak yg mereka tahu yaya pun ada jiwa jgk..
jiwa yang mudah terlalu rapuh, yg kdg2 sukar dikawal..
yaya takut tau klw2 yaya tersuka kat org tuh disbbkan kebaikan dia pada yaya..
emm..tp yaya sgt2 menghargai kwn2 yg selama ni berjuang bersama..sgt2...
doa yaya moga hubungan kita sentiasa berpanjangan dan diberkati NYA..aminn..
kawan2 maafkan jugak klw yaya terbagi lebih perhatian lebih dr yg sepatutnya..
tegur2la yaya, dalam proses berubah ni banyak silap yg kdg x terjaga..
ape2 pun peace .^_^  hehe


nak jadi mcm ni..

Saturday, October 1, 2011

hati kita ni bagaimana?..

Assalamualaikum...

hari ni telah pun berakhir majlis gilang gemilang Majlis Graduasi kali ke 6 bagi student2 UMP..senior2 kami ni, wah seronok betul tgk org dah grade ni.bile la pulak masa yaya ni..ape2 pun sejuta tahniah buat mereka..yg penting masa depan kan sekarang ni yg perlu difikirkan..teruskan perjuangan yer!!

oke hari ini teramat la borink sbb mcm xdek pape pun nak dibuat..bgn tidur siap la blur2 kejap..last2 g mandi, kemas bilik.kerja biase waktu hujung minggu..dah 3 mgu ade kat sini, tp x pernah kuar bandar Kuantan lg tau..hebat kan..bgus2, gud job..tp esok nak g kuar jalan, classmate ajak kuar..mcm xcited jek cite..haha..

eh eh melalut dah kan..sebenarnya yaya nak cerita tentang 1 artikel yg di tulis oleh Datuk Dr Fadzilah Kamsah yg bertajuk Petua Mencuci Hati..seperti yg korg tahu, atikel2 beliau mmg hebat kan, kena dgn cara kita yg konon2 sdg moden nih..penulisan yg ringkat tp padat dgn nasihat..

kdg2 kite x sdar pun yang hati kite sebenarnye tgh kacau bilau, tp kite cube menipu diri..x gitu, ke yaya je yg rase gitu??terpulang la kat hati masing2, nak jawab ye ke x ke..jom kite bace artikel tuh..dan same2 renungkan ye..yaya ni bukan baek pun, tp benda baek kite kena la kongsi sama2 kan?..


PETUA MENCUCI HATI oleh Datuk Dr Hj Fadzilah Kamsah 


1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu
kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah
jadikan hatiku bersih”

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum
tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping
dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan
mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci
hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan
jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah
“Qulhu-allah” sebanyak 3X.

5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf
perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali
mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.
katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum
tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku,
cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif,
positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat
dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!).

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan
perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu
kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut ), jgn dengar org menyumpat.

p/s : berdoalah tiap masa pun, Allah tu kan Maha Mendengar..jom perbanyakkan doa..mudah2an Allah permudahkan segala urusan kehidupan kita..jgn lupe amalkan petua mensucikan hati tu..moga2 semua hati kita dapat dibersihkan drpd segala kekotoran..aminn..