Wednesday, December 21, 2011

oh macamana ni???

Assalamualaikum....

yaya dah terhilang kan pendrive org..
Allah, mcmane ni..kecian ke die..
klu yaya ganti pun cume dpt pendrive je..
isi dalam mestila kosong..
ala, bersalah nye kat die..
dah la ade final project punye research kat situ..
sori ye kawan..sangat2 tidak sengaja..
mintak maaf sgt2..sori sbb x jaga barang awk baik2..

p/s : xsengaja ni awk, sgt2..ada rezeki jumpe lg pendrive.. bantu hamba Ya Allah...

Monday, December 5, 2011

Agaknye la..

agak nye semua org pun x suke sy kan..
dah bnyk sgt sakitkan hati org..
dah bnyk sgt susahkan org..
minta maaf semua..
yaya x leh nak puaskan hati semua org..
yaya ni manusia biasa je..
yang xsemua benda yg dibuat tu perpect..
sbb yaya nk jadi diri sndr, xboleh jadi org lain..
jadi klau ada ap2 yg x berkenan bgtau saja ok?
maaf jugak xdpt jd kawan yang baik..
xdpt jadi kawan yg ada bila diperlukan..
halalkan semuanya ya..


Tuesday, November 22, 2011

Alhamdulillah, Allah bagi rezeki..

Assalamualaikum wbt....


semestinya malam ni ramai yg akan post pasal bola kan..
disebabkan yaya pun seorg peminat bola yang tegar, jadi yaya pun nak jugak post somting kan...
first time tgk kafe tu meriah macam ada majlis keraian..
semangat semua..tu la yang kita mahukan dari penyokong2 ...
mmg masa gol pertama Indonesia tu, ramai beranggapan Malaysia punya jalan yang sukar nak menang..
tapi pasukan Harimau Malaya(HM) membuktikan mereka pun setanding dengan pihak lawan tau..
jangan pandang rendah, percaya mereka selagi x berakhir perlawanan!!
dan ni jugak first time yaya tgk match sampai akhir, Panalti pulak tuh!oh now,sgt lame.........
dan ramai yang takut bile kita berakhir dgn Panalti..
ye, dan nasib sangat menyebelahi kite.alhamdulillah...
xtau kenape tapi yaya sgt2 teruja dgn match td..
yaya sanggup solat hajat tuk Malaysia tau..Allah makbulkan doa yaya..Allah Allah Allah..
dan pastinya menjadi igauan para gadis tentunya si penjaga gol HM kan? ?
the hottest guy dalam match td..hahaha..
haha oke la kepala sgt berat dah..mata juge..
nak mimpi jadi pengadil yg mcm tutt.... biar Malaysia menang besar (even dlm mimpi pun)..
selamat malam semua..moga mimpi indah..

TAHNIAH SANG JUARA!!!

p/s : esok x tau cuti ke x..jd pegi kelas esok pakai jersey Malaysia..berkongsi rasa bangga menjadi rakyat Malaysia dan menjadi penyokong HARIMAU MALAYA..aummm!



Monday, November 21, 2011

jom mengumbang!

assalamualaikum wbt..

hari ni yaya nak ajak sume terutama yg sdg belaja di UMP..
juga siapa2 yg duduk di Pahang or Kuantan..
yaya nak ajak korg menyumbang pada yg memerlukan..
program ni yaya akan join buan hadapan..
jadi x salah rasenye kite same2 bantu-membantu kan..

butir2 boleh dilihat disini..

Sumbangan Sempena PRIMA

 p/s: sumbangan anda kami dahulukan dengan ucapan terima kasih tidak terhingga..

Friday, November 18, 2011

Candid Time Contest by Muna ^_^

Assalamualaikum w.b.t...

em pg dah, ni entry sebelum tido ni.. =)
yaya kena tagged join contest ngan budak ayu sorg ni..
classmate yaya juge ni.. INA ni die org nye..
jom mulai!


click gmbr  !

haha dan yaya pun x tahu nak tulis ape..
org kate biar gambar berbicara..wewitt..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


oke tau! sgt merepek kan...
gmbr ni yaya dedikasikan tuk cikin yg irritate..
wee..oke cikin? 
awk kan glamour, setakat 1 2 gmbr ape salahnya..haha
oke la yaya xtau nak membebel ape dah..
yaya mau tagged ini org..


and


buat2 jgn x buat..wee!


Thursday, November 17, 2011

lambat atau cepat..(Benar-benar Sebuah InsyaAllah)

Assalamualaikum w.b.t..

salam Khamis semua...
habis lecture td yaya pg jumpe SV utk final project..alhamdulillah positive hasilnya..
dah boleh proceed ngan chap 3...yaya igt nak cite pasal project yaya tu..tp mcm malu pulak..^_^
jadi hari ni punye topic sgt kena dengan sapa yg sedang cuba untuk berubah..

insyaAllah sama2 mencari kekuatan utk mengekalkan perubahan...
yaya melawat kat Saifulislam.com semalam.. tajuk dia je dah buat yaya tertarik..
jom sama2 baca, dan paling pntg hayati dan ambil tindakan..
insyaAllah jalan perubahan tu akan sentiasa disuluh..

Istiqamah..

“Kemudian apabila engkau telah berazam (untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya.” [Aal 'Imraan 3: 159]

Disini yaya nak kongsi antara faktor yang menghalang seseorang itu berubah ialah...

1) Tidak sepenuh hati.
Seseorang individu itu mungkin mahu berubah, tetapi keinginan tersebut tidak sepenuhnya. Sekadar berasa ingin berubah tetapi tidak membuat sebarang perubahan pada dirinya.

2) Ego
Sifat dan sikap ini saya merasakan adalah antara faktor utama yang menghalang seseorang inidividu itu berubah. Jika tiada perasaan ini, sudah pasti mudah seseorang itu berubah. Ego bermakna sukar menerima sesuatu yang baru atau erti kata mudah difahami ialah keras kepala.

3) Masih bertangguh
Individu tersebut menginginkan perubahan pada dirinya tetapi masih bertangguh untuk melakukan perubahan yang diidamkan. Mengunggu satu masa tertentu untuk melakukan, tetapi malangnya apabila tiba masa yang sepatutnya berubah, individu tersebut masih belum bersedia dan menangguh lagi kepada masa yang lain. Akhirnya tiada sebarang perubahan yang beliau lakukan.

4) Menanggap perubahan itu sesuatu yang tidak penting.
Sesetengah individu beranggapan bahawa perubahan itu bukan sesuatu perkara yang patut diberi penekanan dan perhatian. Berubah ketika terdesak atau terpaksa dan sebagainya.

5) Tidak sanggup bekorban
Berbalik kepada analogi di atas, golongan pelajar ini merasa seronok dengan tidak mengulangkaji pelajaran, melepak dan mereka tidak sanggup bekorban keseronokan itu untuk Berjaya. Mereka lebih rela menyesal kemudian daripada melakukan sedikit perubahan pada diri mereka.

6) Tidak menghargai diri sendiri
Golongan yang tidak mahu berubah ini juga saya mengklafikasikan sebagai golongan yang tidak menyanyangi diri sendiri. Ini kerana, mereka sudah mengetahui akibat tindakan mereka tetapi masih belum mahu berubah. Mereka membawa diri mereka kepada keadaan yang kurang selamat, dan mungkin membahayakan. Pelajar yang malas adalah individu yang tidak menghargai diri sendiri dan masa lapangnya.

7) Perasan sempurna
Perasan sempurna bermaksud, individu yang sukar berubah merasakan diri mereka sudah cukup baik dan sempurna dan seharusnya tidak melakukan sebarang perubahan.

8) Matlamat yang tidak jelas
Sukar untuk berubah berkaitan dengan matlamat iaitu sebab mengapa seseorang itu inginkan perubahan pada dirinya. Jika matlamat itu jelas diikuti dengan jalan yang teratur, pasti seseorang individu itu boleh berubah.

9) Tiada semangat dan galakan
Seseorang yang menginkan perubahan tetapi tidak mempunyai semangat untuk melakukan perubahan tersebut juga akan mengalami masalah kesukaran untuk berubah. Galakan dari insan terdekat juga amat membantu seseorang itu untuk berubah.

10) Tiada motivasi diri
Ini bermakna seseorang yang inginkan perubahan terhadap dirinya perlulah meningkatkan motivasi diri sejajar dengan perubahan yang ingin dilakukannya.

p/s: Janganla berubah dari fikiran negatif ke positif hanya kerana kita mahu mengalahkan seseorang, bersaing dengannya atau hanya mahu menunjuk-nunjuk pada orang disekeliling kita. Sikap begitu adalah sikap yang akan menghalang perubahan kekal dari fikiran negatif ke positif.

Friday, November 4, 2011

Doa menyingkir rasa kecewa & bimbang..



"Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar." [At-Taubah:129]

*selalu je kita baca doa ni..tp baru tahu maksud doa ni..

Doa putus cinta..

Assalamualaikum..

bukan maksud yaya nak membuka aib sendiri, tp skdr utk perkongsian bersama..
zaman jahiliah yaya dulu, pernah mengukai seorg lelaki..
xperlu la yaya nak bgtau sape namanya, cukup dikenali sebagai Mokh..
tp atas alasan yg juge x bole dikongsi yaya terpaksa putuskan hbgn kami..
bukan tiada belas kasihan tp dah nama nya takdir Allah..
kdg2 yaya still igt kat dia, jd yaya suka tuk menyibuk kan diri dgn perkara2 yg berfaedah..
so, dgn cara tu xdek pun masa yaya yg lapang tuk terigt tntg dia..
bukan sng tau nak putuskan hbgn ni, xnafikan yaya mmg syg dia..
tp hukum Tuhan tu lagi besar balasan nya..yaya kuatkan hati tuk berubah..
salah 1 sbb kuat tuk yaya berubah pun mgkn kerana dia..
dia pun skrg dah ada pengganti, yaya doakan anda berbahagia wahai kawan..
dan Ya Allah, sesungguhnya Engkau yg memegang hatiku..
tetapkan hatiku pada jalanMu Ya Maha Esa..
disini yaya nak kongsikan 1 doa..xigt dpt dr mana..tp boleh diamalkan.. 

Doa putus cinta

Saya sangat bersyukur ya Allah,karena telah mendapat kesempatan yang berharga bertemu dengan XXX (sebutkan nama mantan kekasih Anda). Saya bersyukur atas semua masa-masa indah dan kenangan manis yang telah saya alami bersamanya. Maafkan kesalahan saya yang tidak bisa menjaga hubungan ini, dan maafkan kesalahan XXX yang tidak bisa mempertahankan hubungan ini. Saya berdoa agar dia selalu bahagia dan mendapatkan apa yang dia mahukan. Tolong jaga dan lindungi XXX karena saya menyayanginya. Terimakasih atas pengalaman yang berharga ini.
ya Allah, janganlah Engkau lekakan aku dalam cinta manusia, tetapi hanyutkanlah aku dalam cinta suciku kepadaMu..
Amin...


Tuesday, November 1, 2011

Already November!!

Assalamualaikum wrt..

kawan2 bulan November dah dtg!!
oh November, please be nice to me~

Ya Allah, jadikan la bulan yg bakal mendatang ini penuh dengan seribu kebaikan..
jgn Engkau biarkan ia berlalu dengan sia2 dan dgn cara yang tidak sepatutnya..
tekadkan hatiku ini untuk berubah, kekalkan hatiku ni pada HidayahMU
amin....

Monday, October 31, 2011

Demi Matahari..

Assalamualaikum w.r.t ..

lame dah rase x tulis pape kat sini, kecian awk kan blog..
Alhamdullillah..kerja2 untuk minggu ni dah selesai..
my PSM (final project) is going to chapter 3..usaha sikit lg oke yaya..?
em yaya cuba nak kongsi video ni,tp die mcm xleh nak bukak pulak..
lagu ni adalah makna daripada Surah Asy Syams ayat 1-10..
tapi yaya tulis kan die punya lirik ye..
korg cari je kat Youtube tu, ade je video nya..
oke semua, sama2 hayati..sangat bermakna isi lagu ni..

DEMI MATAHARI (SNADA)

Demi Matahari..
dan sinarnya dipagi hari..
Demi bulan apabila ia mengiringi...

Demi siang hari..
bila menampakkan dirinya...
Demi malam apabila ia menutupi..

Demi langit berserta seluruh binaan nya..
Demi Bumi serta yang ada dihamparan nya..
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaan nya...

Allah..Subhanallah...
Allah..Subhanallah...
Allah..Subhanallah...
Allah..Subhanallah...

Allah mengilhamkan...
sukma kefasikan dan ketaqwaan...
beruntung bagi yang mensucikan nya...
berugi bagi yang mengotori nya...

P/S : kdg2 kita x suka dengan sesuatu teguran, tp sebenarnya itu yang membuatkan kita hidup dengan keadaan yang lebih baik..sesungguhnya Allah telah menjadikan sesuatu itu bersebab, Redha..






Saturday, October 29, 2011

oh no! kalah.

Assalamualaikum..

xtau nak tulis ape, tp sedih sgt Terengganu kalah Piala Malaysia td..
eh eh kau bukan org Johor ke?
haha, peduli pulak yaya..nak tgk Johor yg smpi ke final mmg berjanggut la..
bukan nak memperkecilkan kemampuan tanah kelahiran, tp kenyataan kot..hihi..
tp Johor tetap dihatiku sentiasa, tanah tumpah darahku tu..
disebabkan yaya ni agak fanatik bola, xsuke tgk pasukan yg disokong tu kalah..(ade ke yg suke??)
down giler kot, lg2 klu ade kawan yg sokong team lawan..
oh no!! sgt malu kot..tp cool je laa..bukan kite pun yg maen kan..(dlm hati membara nih!)
MU juge, jgn la kalah2..penat ni sorak! haha..(kau je la yg maen yaya)
haha, okela tade mud sbb ganu kalah..okebai!
nak wat PSM, mcm ape dah x siap2 ni.. ^_6
-kalah macamana pun ade je match dorg sy ttp sokong, even kalah pun..hehe- 
peace!


sori ye org2 Johor, sy dari minat bola dulu sokong dua ni jek..

sesungguhnya hanya Allah yang Maha Berkuasa..

'Dan jika Allah menimpakan suatu bencana kepadamu, tidak ada yang dapat menghilangkannya selain Dia. dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia Mahakuasa atas segala sesuatu. dan Dialah yang berkuasa atas hamba-hambanya. dan Dia Maha Bijaksana, Maha Mengetahui.'
-Surah Al-An'am, ayat 17-18.

Lelaki, jgn terlalu baik dengan ku..

Assalamualaikum..
Maaf kalau tajuk dan entry ni agak meluatkan bg sape2 yg bace..
bukan bermaksud nak mengecilkan hati mane2 pihak..
salah 1 sbb nya yaya ni sgt mudah tertarik dgn lelaki bersikap baik dgn yaya..
kdg2 lelaki tu layan yaya mcm die layan kwn2 die yg biasa je..
tp kadangkala yaya boleh terfikir kan best kalau die dapat jadi suami yaya ..herm,xpatut kan..
memang la semua org pun nak mr. perfect kan..
maybe naluri manusia kot, jahat2 mana pun kita bila berkahwin mesti la nak yang terbaik kan?
bukan apa yaya takut tersuka pd org yg x sebetulnya..
hati ini dah lama x berpunya, bimbang2 yg dtg tu dirasakan hnya utk mengisi kekosongan hati jek..
kecian tau, bukan sng nak jaga hati org ni..hati kita pun susah nak jaga, lagi la hati org..
bukan la yaya x bagi lelaki baik apatah lagi klw yg benar2 ikhlas kat yaya..
tp yaya cuma nak yg mereka tahu yaya pun ada jiwa jgk..
jiwa yang mudah terlalu rapuh, yg kdg2 sukar dikawal..
yaya takut tau klw2 yaya tersuka kat org tuh disbbkan kebaikan dia pada yaya..
emm..tp yaya sgt2 menghargai kwn2 yg selama ni berjuang bersama..sgt2...
doa yaya moga hubungan kita sentiasa berpanjangan dan diberkati NYA..aminn..
kawan2 maafkan jugak klw yaya terbagi lebih perhatian lebih dr yg sepatutnya..
tegur2la yaya, dalam proses berubah ni banyak silap yg kdg x terjaga..
ape2 pun peace .^_^  hehe


nak jadi mcm ni..

Saturday, October 1, 2011

hati kita ni bagaimana?..

Assalamualaikum...

hari ni telah pun berakhir majlis gilang gemilang Majlis Graduasi kali ke 6 bagi student2 UMP..senior2 kami ni, wah seronok betul tgk org dah grade ni.bile la pulak masa yaya ni..ape2 pun sejuta tahniah buat mereka..yg penting masa depan kan sekarang ni yg perlu difikirkan..teruskan perjuangan yer!!

oke hari ini teramat la borink sbb mcm xdek pape pun nak dibuat..bgn tidur siap la blur2 kejap..last2 g mandi, kemas bilik.kerja biase waktu hujung minggu..dah 3 mgu ade kat sini, tp x pernah kuar bandar Kuantan lg tau..hebat kan..bgus2, gud job..tp esok nak g kuar jalan, classmate ajak kuar..mcm xcited jek cite..haha..

eh eh melalut dah kan..sebenarnya yaya nak cerita tentang 1 artikel yg di tulis oleh Datuk Dr Fadzilah Kamsah yg bertajuk Petua Mencuci Hati..seperti yg korg tahu, atikel2 beliau mmg hebat kan, kena dgn cara kita yg konon2 sdg moden nih..penulisan yg ringkat tp padat dgn nasihat..

kdg2 kite x sdar pun yang hati kite sebenarnye tgh kacau bilau, tp kite cube menipu diri..x gitu, ke yaya je yg rase gitu??terpulang la kat hati masing2, nak jawab ye ke x ke..jom kite bace artikel tuh..dan same2 renungkan ye..yaya ni bukan baek pun, tp benda baek kite kena la kongsi sama2 kan?..


PETUA MENCUCI HATI oleh Datuk Dr Hj Fadzilah Kamsah 


1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu
kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah
jadikan hatiku bersih”

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum
tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping
dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan
mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci
hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan
jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah
“Qulhu-allah” sebanyak 3X.

5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf
perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali
mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.
katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum
tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku,
cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif,
positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat
dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!).

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan
perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu
kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut ), jgn dengar org menyumpat.

p/s : berdoalah tiap masa pun, Allah tu kan Maha Mendengar..jom perbanyakkan doa..mudah2an Allah permudahkan segala urusan kehidupan kita..jgn lupe amalkan petua mensucikan hati tu..moga2 semua hati kita dapat dibersihkan drpd segala kekotoran..aminn..


Thursday, September 22, 2011

terima lah seadanya..

Assalamualaikum wbkth...

Malam ni yaya cume nak kongsi story, korg pikir la mane yg betul mane yg salah.msg2 dah besar kan.. korg semua mesti ada kawan baek kan xkire la mase kat sekolah ke kat kolej ke kat U ke even kat tmpt keje korg skrg..kwan2 bertukar silih ganti.. korg pernah rase atau terfikir x kawan yg korg tgh kawan skrg tu akan jadi BFF korg..

yaya pernah ade situasi mcm ni, ada sorg kwn yaya ni die overprotected org puteh kate..kadang2 smpi die xboleh nak tgk kite dgn org laen..yaya suke org mcm tu, at least kite tau die syg kite..tp kdg2 kite pun nak ada jugak kan private life kite, cerita yg kite x leh nak kongsi ngan org even ngan parent sekali pun..

dulu yaya selalu jugak ikut usrah2 kat matrik, yaya suke sgt klw dpt jumpe dorg..hebat nye hubungan dorg, padahal korg datang dgn nothing, kenal pun x tp rapat mcm adik beradik tau..kadang2 dengan adik beradik sndr pun susah nak rase mcm tu..suke sgt mase tu, rase dihargai rase ade org syg kita..masa tu yaya first time keluar dr johor, mungkin tu yg terasa sgt kot..

yaya pun ade sorg kawan masa kat teknik JB dulu..tp die ni more to my adek la, sbb yaya xde adek kan..yaya lebih selesa anggap die adek..die ni yup my Best Friend Forever, x keterlaluan klw yaya kate die adalah sahabat sejati yaya. dia kongsi bnyk perkara, yaya pun bnyk tnya benda2 kat die..saye tahu awk tau siapa awk dalam hidup saye..terima kaseh sbb jadi SAHABAT saya awk..

jadi kesimpulan nya dengan siapa pun kita kawan, siapa pun kita anggap dia dlm hidup kita, mereka tu adalah sebahagian drpd kenangan2 dlm hidup kita..x kira la kenangan manis or kenangan yg agak pahit tp itu la yg terbaik untuk kita..hidup ni x selalu manis, kena ada sedikit pahit dan masam nya. bosan tau hidup mendatar je..hihi..


selamat malam semua, maybe pagi?? haha..semoga mimpi indah~

Tuesday, June 7, 2011

Doa solat Istikharah..

“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.”

Friday, May 27, 2011

motivasi tuk arini..

ape yg kita tahu, kita amal..

ape yg kita x tahu, kita jangan memandai..

Wednesday, May 25, 2011

bila anda start pakai jam..?



Assalamualaikum semua..

lame sgt x tulis menda2 mengarut dalam ni..sibuk kan, maklum lah..perasan =p
skrg ni yaya ade kat UMP, dalam urusan nak menyambut adik2 baru ke sini..
insyaAllah awl bulan 3 ni ada la kwn2 baru kan..tp yg mendaftar ni semua budak2 diploma..
yaya cume mendoakan semua nya berjalan dgn lancar sepanjang Hari Suai Kenal (HSK) nti..
untuk adik2 yg bakal mendaftar di Universiti Malaysia Pahang ni, yaya dahulukan dengan ucapan selamat datang dan semoga yg terbaik untuk anda sepanjang keberadaan anda disini nti..amin..

dalam sibuk2 dgn urusan yaya untuk HSK nti, ade 1 perkara yg menarik minat yaya tuk diperkatakan dalam entry kali ni..
seperti yg semua org pernah alami, dalam setiap pgrm ketepatan waktu amatlah dititik berat kan..sangat2 dipandang berat mungkin..sebab tu yaya selalu n sentiasa memakai jam..dlm waktu apa pun..alhamdulillah spnjg keberadaan yaya kat UMP ni, xpernah lg la yaya dtg lewat ke kelas..
bukan nak berbangga cume itu tanggjawab kita sebagai pelajar kan, lagipun kite kena hormat lecture dan student2 lain jgk kan..katekanla masa lecturer tgh2 sedap mengajar, students lain pun tgh khyusuk mendgr, tibe2 anda masuk, buat muke dek pulak tuh..haiya perangai ape macam tuh..x elok kot..
em yaya x berapa nak hengat la sejak bile yaya pakai jam..tp yg yaya tahu jam pertama yaya dapat hadiah dr ibu yaya..mase tu yaya dapat pergi sekolah Teknik JB (TIJB), first time nak duk asrama kan..dan dr TIJB tu jgk la yaya belajar banyak perkara..terlalu banyak mungkin..sejak belajar disitu la yaya rase yaya menjadi seorg yg skema..skema dlm erti kata mengikut peraturan..em mungkin dah dididik dr rumah mungkin..al maklum la ayah yaya ni army..haha..
yaya rase jam ni penting tau, tp skrg ni dah terlalu ramai yg ada hp jd pemakaian jam ni dah berkurangan mungkin..tp bg yaya jam ni salah 1 accesori penting bile nak kuar dr rumah..mungkin sbb da terbiase kot..
tp setiap org kan punya pandangan dan cara fikir yg tersendiri, jd x leh nak samekan sume org dgn pandangan dan cara hidup kite kan2..

yaya teruja tgk jam ni..seronok tu kw dpt ni.. 

ape2 pun guys, happy holiday bg student2 IPTA dan jugak pelajar2 sekolah..manfaatkan cuti anda sebaik2nya..

FASI MINDS, WE ARE THE BEST!!

p/s : yaya sgt2 xsuke ade student yg masuk kelas lewat, klw setakat 5 ke 10 minit tu x pe, ini sampai setgh jam lebih pun ade kot..pastu buat muke x besalah, senyum2 kambing (eh, sori2)..muke dah cantik perangai pun kena cantik la..
lepas ni nak jadi pengumpul jam tegar la..haa, habis la.

Monday, April 25, 2011

bagaimana dgn abg dan kakak anda??

Assalamualaikum sahabat2 yaya..
yaya xleh nak tulis pnjg2 entry ni..ni taip entry pun lepas habis study, almaklum la nak final dah kan2..hihi..
cuma nak bgtaw sedikit khabar2 baik yg yaya terima hari ini..
syukur atas segalanya Tuhan Yang Maha Esa..

1. perkara pertama yg yaya dpt tau baru je sblm tulis ni, yaya bukak fb..alhamdulillah nama yaya tersenarai untuk Fasilitator MINDS' 2011..klw xda masalah yg datang, insyaAllah yaya join program ni..program besar UMP ni..semangat2!!

2. Alhamdulillah jga yaya telah selesai ulangkaji 1 subject tu stlh 2 hari cuba utk habiskan..untuk pengetahuan, yaya ni agak kurang sikit bab2 mengingat..jd bnyk persediaan yg yaya kena buat..antara nye ialah sediakan air masak bnyk2 kat sblh (elak ngantuk punya pasal), laptop sudah sleep, kuatkan semangat tuk x tgk katil,haha(part yg paling x bole bla), dan paling penting setting niat tu awl2..baru boleh buat..kan senior2??
tp klw bagi yaya soklan yg kena mengira, 1 hari yaya x tido pun xpe, fav subject dr zaman dolu2 tu..
3. Ibu tercinta yaya alhamdulillah sihat, yaya telefon ibu td sbb tetibe ade org yg masukkan topup..mcm biase la, sape je yg nak topupkan yaya kan..hihi, tu yg terus telefon ibu. seronoknya zaman belaja2 ni ade ibu topupkan, nti dah keje mana nak rase dah. dalam sebulan sekali je yaya topup hp ni.percaya x??haha..cam xsabar je nak balik umah mahu jumpe ibu ayah dan si bOolat saye..wee~

oke done..tp bese2 je kot bg korg x, bahagia tu xdek la mcm dak2 PMR & SPM dpt straight A pun..tp ttp bersyukur tau..

ni lg 1 yg buat yaya bertambah bahagia malam ni..
msg ni yaya anta kat abg long, abg ngah, kakak, ngan kak jijie td..paling cara part abg long balas..
yaya : Salam, abg2 dan kakak2 ku yg tercinta..adik yg tergemok sekali ni mula final exam mgu dpn ni..moga dgn kebaikan hati kalian dapat mendoakan adikmu yg tercinta ni ye..mntk maap jgk yg mane salah silap tu ye..(dgn rase rendah diri msg pun disend -->)

akak : Wasalam. selamat maju jaya! (semangat betul!)
kak jijie : wasalam, hehe okiey adk ku cyg. doa k.jijie sentiasa mengiringi adik k..gudluck n take care. luv u adik...(ala suweet la awk ni)

dan ni jawapan yg paling x boleh bla...bla...bla...

along : aku doakan ko kurus dan dapat jawab soalan periksa n dpt result gempak giler bieber..(hampeh punye abg, igt ko tu kurus ke??)

okela..mase untuk tido..selamat malam semua..jgn lupe doa..mimpi indah2 ye..(kate x nak tulis pnjg tp melerettttt smpai bawah..)hahaha...

p/s : Ya Allah jika aku masih diberi kesempatan untuk hidup esok hari, jadikan hari esok penuh dgn kebaikan dan keredhaanMU..tetapi andainya telah tiba waktu untuk ku, biarkan aku pergi dalam keadaan aku beriman dan taat kepada perintahMU Ya Allah..aminn...

Sunday, April 24, 2011

yaya x HOT??

Assalamualaikum semua..

yaya xnak tulis entry pun ari ni..cume nak kongsi 1 bacaan yg best..especially utk muslimah..ni mmg tabiat yaya sebelum study..bace metro n blog org..hihi..selamat membaca semua..yaya nak final dah ari selasa ni (26/5)..doakan kejayaan yaya ye utk sem ni..utk awk2 semua juga..

saya memang tak " HOT" kat dunia sebab saya tak nak " HOT" dekat Akhirat

 

Saturday, April 23, 2011

Gelabah mana korg kalau final nak tiba?

Assalamualaikum..

mud nak bercerite tntg final exam, rata2 semua IPTA di Malaysia ni tgh musim final exam..xkurang jugak yg dah nak abis kan2..bestnye korg, jelesh2..xpe2, yaya pun akan rase cume lmbt sikit je lg.. ^_^
oke2 yaya nak upload jadual exam..eh2 mane same kite punye exam, laen u kos pun laen..yaya x la hebat mcm korg..haha, merendah diri yg mmg2 sudah rendah ni..
 

untuk pengetahuan semua yaya ade 6 paper sem ni,huww..ni bukan musibah ni ujian nama nya..
dan nmpak x yaya ade satu hari yg ada 2 paper..tahu x dua2 tu killer paper sbb tu sbjct course yaya, networking...mestila korg x tahu kan sbb yaya pn baru kasi tahu ni..arrgghh..pening nye dipikir2 balik..
xpe2, Allah x uji hamba Dia dgn tidak bersebab kan..segala rahsia Allah, hati kena Ikhlas yaya baru berkat ilmu kan2..

Akhirnya, ALL THE BEST buat kawan2 C23&C24, Anak Johor UMP, jugak x dilupakan shbt2 SMTJB, dn rakan2 KMM..anda adalah apa yg anda fikirkan!!

Friday, April 22, 2011

Waktu yg mustajab untuk berdoa..

Assalamualaikum..

Segala urusan kita ditentukan sepenuhnya oleh ALLAH s.w.t. Oleh itu kta harus berusaha dan istiqamah melakukan sesuatu. Selain usaha dan tawakal, doa ialah satu-satunya cara untuk mencapai sesuatu hajat. Ada waktu-waktu tertentu paling mustajab untuk berdoa kepada ALLAH s.w.t. antaranya ialah..

1. Semasa Lailatul-Qadar.
2. Ketika hujan turun.
3. Ketika memulakan dan setelah selesai solat.
4. Ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan.
5. Di tengah malam.
6. Di antara azan dan iqamah.
7. Ketika sujud dalam solat.
8. Ketika iktidal akhir dalam solat.
9. Ketika khatam (tamat) membawa 30 Juz al-Quran.
10. Sepanjang malam, paling utama sepertiga awal dan sepertiga akhir (waktu sahur).
11. Malam Jumaat dan sepanjang hari Jumaat kerana mengharapkan bersua dengan saat ijabah (diperkenankan doa) yang terletak di antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.
12. Di antara waktu zuhur dan asar dan antara waktu laillahhaillah


" YA ALLAH SESUNGGUHNYA  SOLATKU, IBADAH KU, HIDUPKU DAN MATIKU HANYALAH KEPADA ALLAH. SEGALANYA AKU MELETAKKAN KEPADA MU..."
SESUNGGUHNYA ALLAH SENTIASA MENDENGAR RINTIHAN-RINTIHAN HAMBA NYA YANG SOLEH.

 p/s : insyaAllah,sama2 kita berdoa agr doa kita didengar oleh Allah kerana doa adalah senjata bagi umat Islam..

Wednesday, April 20, 2011

SIMPTOM2 ANDA JAUH DARI ALLAH~

ASSALAMUALAIKUM..

TAHUKAH ANDA ? SESUNGGUHNYA MEREKA YANG BERBUAT DOSA..SENTIASA GEMBIRA..TETAPI DALAM MASA YANG SAMA MEREKA SEDANG MENERIMA PEMBALASAN ALLAH SWT..TETAPI MEREKA TIDAK MENYEDARINYA...

bagaimana nak tahu ?..

 simptom2nya selalu sudah ditunjukkan tetapi manusia tak sedar kerana hatinya gelap , matanya dibutakan , akalnya dipendekkan , dan syaitan sentiasa ingin menemaninya 24 jam sehari..

nauzubillah..

Antara simptom2nya adalah..

1. fikiran serabut,
2. cepat marah..
3. selalu merasa bosan..
4. poket kering....
5. hutang keliling pinggang....
6. datang penyakit ...
7. hilang/pudar kecantikan dalaman dan luarannya...
8. dihina dan dipinggir orang....
9. wajahnya penuh kusut dan kusam...
10. dia senyum dan ketawa di hadapan orang tetapi dia menangis apabila dia sendirian...
11. masalah datang bertimpa2....
12. lambat jodoh...
13. tidak mendapat zuriat...
14. tidak merasa puas...
15. keliru dengan identiti /keinginan dalam hidup...
16. bahagia yang sementara...
18. sering ada penghalang dalam urusan kehidupan...
19. nikmat ALLAH yang sedia ada di hadapannya dilihat satu perkara yang biasa2 sahaja..dan tidak merasa bahagia dengannya...
20. menunaikan tanggungjawab dengan hati yang terpaksa dan tidak ikhlas....

ada banyak lagi..ttp semoga ini dpt membantu kita muhasabah diri dan nilaikan adakah ia berlingkar dlm kehidupan kita.....wallahualam

Jika anda sedar kebanyakannya ada dlm kehidupan, maka cepat2 cari dan usahakan untuk melihat ALLAH, untuk dekat dengan ALLAH, untuk merasai cinta ALLAH..insyallah ia akan membuat kamu sujud bertaubat kpd ILLAHI dan mengubah kehidupanmu buat selama2nya..ameen
  

P/S: dicopy paste dari fb seorg rakan..klw dah bace harap2 jadi ingatan bersama..peace no war!

 

Tuesday, April 19, 2011

Nota Ringkas!

In the end, the love you take will be equal with the love u make~


susahnya kalau hati dah suka!

Assalamualaikum..

skrg ni jam sudah pukul 2.20..
mate dah layu ni tp smpt lg nak taip entry ni..
ni la namanya dah xdek keje buat keje..
em relation dgn tajuk entry??oke2~
oh serius dulu yaya ada minat sorg jejaka ni (ofkos la lelaki dah yaya ni perempuan..)
oke biar yaya namakan dia encix jejaka, classmate yaya je pun..
yaya tahu 1 kelemahan yaya ialah yaya mudah suka pd org yg suka buat baek dgn yaya..
xtahu sejak azali..minat je la, xdek la desperate sgt nak pun.. ^_^
yaya tahu x sepatutnye pun yaya ade perasaan mcm ni, rase berdosa bila difikir2 balik..
istighfar bnyk2 yaya...
em tp disbbkan yaya ni ade prinsip xsuke kcw hak org (ini bermakna encix jejaka dah ade awex larr)..
jadi yaya pun melepaskan die, tp yaya selalu jgk stalker FB die..hehe, gatal..
tp at last die letak pic dgn kekasih hati die, dan bermakna dia tu kepunyaan org dan tamatlah perasaan suke yg pena ada kat encix jejaka ni..
oke la encix jejaka, yaya tau awk x bace..haha ~
tp yaya nak wish jugak selamat berbahagia dgn yg tersayang awk tu..
pliss always stay to be romantic guy for the one u love..haha, mencarut2..

gmbr ini tidak ada kena mengena dengan tajuk diatas..

p/s : sentiasa berdoa agar Allah pertemukan jodoh dgn lelaki yg baek dan beriman..aminn...

Monday, April 18, 2011

Entry ni khas untuk kakak saye..

Assalamualaikum..

Buat kakak tersayang~
sbnr nye dah lame adek nk letak entry ni, tp x taw nape asik tersimpan dlm draft je..
maaf sgt2 akak, bukan nak malukan akak apatah lg nak sakitkan hati akak..
tp adek rase adek ade tggjwb nak bgtaw benda ni kat akak..
mgkin akak rase adek ni boleh buat guraw, isoke klw bab2 laen..adek mmg no 1..
tp kali ni, buat pertama kalinya dlm hidup adek, adek rase adek perlu tegur akak..
cume adek x diberi kekuatan  tuk bgtaw depan2 ngan akak..akak pun tahu klw kite berdua dah ckp gamat dunia kan.. ^_^
benda ni jd masa kita balik aritu, last kita balik umah sama2..
adek x tahu la akak perasan atau x, tp adek lebih lame duk umah dr akak mase balik tu..
adek perasan ibu macam xberapa happy je even kita balik masa tu..tp adek pun terasa la kak..
em kita kan balik kmpg nak jumpe ibu, ape salahnya klw masa yg ada tu kita luangkan utk ibu ngan ayah..
klw nak kira kawan la kak, bila2 pun kita bole jumpa..tp ibu kak, tu la satu2nya..waktu tu la ada ibu kita..
serius adek terasa sgt masa akak balik aritu akak mcm lebihkan kawan2 dr kami..
mgkin akak x perasan tp adek tahu ibu terasa...
akak mmg anak yg baek, dan juga shbt yg baek..
xsalah pun klw akak nak tolong kwn2 tp akak pun tahu kan betapa risaunya ibu bila akak balik malam haritu..
ibu xkan bole tidur klw anak2 die x smpi lg..adek x nak ckp pasal kwn2 akak tp at least akak bole pikirkan kesihatan ibu mcmana..hati ibu mana yg x bimbang anak perempuan maseh diluar dah malam hampir nak kesubuh..mungkin akak x nmpk tu sbgai masalah..
masa adek dah balik sini aritu, adek telefon ibu..ibu ckp, akak pun baru je balik..die balik dr air terjun td pun dah lmbt..
tp tu adek x kesah la, tp yg adek betul2 kecewa mase ibu cakap..
"akak dah makan kat umah kawan td, die jamah je nasi td..lgpun lauk da tggl skit.."
adek tahu ayt last tu x betul pun kakak..tp klw akak punya alasan sndr kenapa semua tu jadi..
its up to u, itu hidup akak..adek xbole dan xkan pernah campur..
cumenya sbgai adek akak cume bole nasihatkan akak dr jauh..
jgn sampai kita guriskan hati ibu dan ayah kita dgn perkara yg kdg2 kita sndr ambil ringan..
klw entry ni sgt2 menyakitkan hati akak, adek mintak maaf sgt2..

Dari adekmu dunia akhirat...

Monday, April 11, 2011

Isteri atau suami lebih penyayang??

Assalamualaikum...
Apa pendapat korg tntg topic ni..mari kita berkongsi pendapat dn pndgn anda..tp ni based on yaya punya pendapat n pengalaman la kan..perempuan ni lebih penyayang dari lelaki tau..nak tau sebab??ni cume dari apa yg yaya perhatikan la, xsempat buat kajian pun :

1. Cube korg perhatikan perempuan kan lebih bnyk simpan gambar suami mereka..kiranya dorg x malu pun la nak gambar sama dgn suami dorg..tp lelaki kan nak cover macho punya pasal, kat wallet pun letak gmbr sorg2..tp si isteri sggup cuci gmbr berdua semata2 nak letak dalam wallet..caye x?cube check..

2. Kalau nak g jalan2 si isteri lebih excited sbb nak g dating la katekan..nak cari baju pun mesti warne lebih2 kurang je..nti baru org kate sweet je dorg ni, pakai baju same2..mase raye pun camtu taw..siyes, xcaye korg tgk la..lagi2 bagi pengantin baru..

 rase sweet je kan dapat cium tangan suami mcm ni..

3. Kalau tibe bufday suami si perempuan ni, die la yg paling sibuk nak sambut bufday.. at least nak bg hadiah ape kat suami terchenta,hadiah pun mesti nk bg best2 punyer..tp lelaki buat2 xtau je kan time bufday isteri, paling hampeh tarikh bufday isteri pun x ingat..ish3...ni betol, xtipu punye..

4. Ape2 yg si suami buat mesti isteri nak taw, sbb isteri ni care taw kat suami..bukan sbb busy body or cemburu buta..bukan ke cemburu tu tandanya sayang, tp jgn la cemburu sgt si isteri yer..makan hati nti taw..tp klw suami kdg2 tu hal isteri x amik taw lansung, sakit ke sihat ke..makan dah ke belum..pelik2~

5. Si isteri x pernah pun kesah kalaw suami dorg xberape nak kemas or x hensem or gemuk or ape2 la yg x berape nak best klw kite yg normal ni tgk..tp dorg tetap x kesah, syg punye pasal taw..tp suami, klw isteri x pakai chantek2, isteri ternaek berat sikit, terkusut sikit die punye perli bukan maen lagi..tegur tetap tegur kate dorg, nak jage standard katenye..pehliss!!

6. Isteri sgt sensitive klw suami panggil mereka bukan dgn panggilan yg selalu suami mereka pggl..contohnya klw si suami selalu pggl mereka baby dn suami bahasakan diri dady, then tetibe 1 hari tu si suami terbhasakan diri saya ngan awk je..owh boleh merajuk seminggu oke!!..parah, tu 1 lagi tanda sayang dorg kat suami sbb dorg cume nak suami dorg je yg paggil dorg dgn pggilan manja mcm tu..klw setakat awk ngan saye tu rase mcm kwn2 pulak kan??..

tu la antara contoh2 yg boleh yaya tulis kenapa si isteri lebih penyayang dari suami..klw anda nak berkongsi jugak sile2, jgn malu2..
p/s : penulisan ni cume berdasarkan pengalaman dan pengamatan dari mata dan hati seorg yaya... xde kaitan dgn sesiape pun..wee~

Wednesday, April 6, 2011

maaf.

Assalamualaikum..

maaf atas kehadiran entry yg tiba2 ni..dan maaf juga untuk entry yg yaya rasekan adalah tindakan yg agak krg bijak..em yaya xtaw kenapa yaya sensitive sgt arini..selama ni klw mereka buat ape2 yg lg OVER pun yaya x kesah tp arini sbb benda yg "kurang besar" ni pun yaya nak kecik hati..by the way semua yg yaya ceritakan dlm sini adalah ape yg yaya rasakan bukan untuk mengaibkan mana2 pihak..yaya rasa yaya ni dah cukup open minded..tp setiap benda yg kita buat tu kita kena fikir dulu apa akibatnya..seriusly yaya sgt2 kecik hati dgn mereka td..bg yaya tidur tu penting bg yaya, klw anda2 adelah rumet sy anda akan taw bile ketika nya sy tidur..sbb tu tolng la beri kerjasama bile nampak yaya tidur, bukan yaya saje org laen pun akan rasa yg sama kot..sbb yaya taw yaya bole bg kerjasama bila anda tidur, ape salahnya anda melakukan benda yg sama..n plis tolong la jgn cakap pasal yaya kat belakang(yaya xtau benda apa), klw ada rasa x puas hati bgtaw depan2..kita slow talk oke..yaya kat katil pun boleh menangis sbb benda ni, mereka x tahu dan xkan pernah tahu..sbb tu yaya xsuke nak tacing2 ni, rugikan diri sndr..hati kita sakit sndr..tinggal lagi setahun kita akn bersama, harap anda dapat tahan dgn diri ini..kepada mereka2 ni maafkan yaya sbb terasa hati dgn kamu..bukan kehendak hati tp nafsu yg menghasut..wahai hati bersabar la..

p/s: kadang2 kita xpernah sedar kesilapan yg kita lakukan sehingga ada orang lain yang akan menyedarkan kan kita bahawa kita ada buat silap dan ambil la masa utk membetulkan kesilapan kita tu..oke my dear~


Sunday, March 20, 2011

macam2 ada..

Assalamualaikum..
wah ari ni rasa bahagia sgt..dpt bgn lambat..keje sekolah homework pun xbanyak jd boleh la kita bersuka ria..lalala~
tp tu cume yaya dapat rase dalam mimpi jela..huhu..
skrg ni ngah musim demam nak test yg start dah, assignment time ni la nak mencurah2 ke ladang gandum, workshop mobile yg belaja install software(itu akak saye pun tahu, guraw je haha!!), skill base yg oke sbb pakai packet tracer, time ni jgk kena jimat2 pakai duet sbb klw x mmg akan habis hjg bulan..oke stop! bnyk pulak bebel bdk sorg ni..
oke2 sebenarnye yaya nak cerita perihal rumet2 yaya dalam..utk makluman segala info2 ini adalah ape yg yaya rase taw, jgn pulak korg g report kat pakcik polis yg yaya buat kenyataan x betul..habisla yaya kena ngurat ngan pakcik polis lepas nih..

first sekali adalah....CIKIN...

die ni klw dah bercakap boleh gegar dunia oh, dunia ktorg je la tp nye..lagi2 time die ni tgh bahagia or ade cite best yg die nak kongsi..kdg2 nak suruh sy bgn boleh tgu die balik kelas, confirm sy bgn tido..hehe..jgn marah yer cik cikin yg cute miut, acece nak bodek la tuh..ini bukan bodek taw, ini kenyataan..cube tgk gmbr die tu..betul x yaya ckp??kat dalam bilik ni cikin la yg paling mude..eleh setahun je pun..haha..tp die lg mude jugak kan..dan style die jugak agak kebandaran, sbb??die ni duk bandar JB kot, xheran la die pakai style bandar2 jugak kan..huhu..die ni susah jugak nak luahkan ape2 sbb die ade pengalaman ngeri ngan . . . ...itu ni komen la yek, tp ngan yaya die oke je..yaya suke cara die sbb cikin ni jenis x mnyibuk hal org, die xcare pun..klw org nak suruh die dgr, die dgr klw x die buat dek je la..oke la tu kdg2 kita pun nak privasi jugak kan...hehe..utk pengetahuan jugak cikin ni yaya kenal dr skola teknik JB, ke Matrik Melaka smpi la skrg kat UMP ni pun dgn die jugak..n mulai thn lepas ktorg jd rumet pulak..nak kate berjanji x pun, mgkin jodoh tu pnjg kot...

yg kedua....FARAH...

yaya suke tgk farah ni sblm jd rumet sbb die chantek..n die kurus..hehe (yaya suke tgk org kurus la, sbb sume bju yg dorg pakai jd chantek)..ape nak cite ekk tntg farah ni??yaya kenal die sbb masa thn 1 die rumet ngan cikin, tu je la..mase tu mmg x taw la perangai farah ni cmne..ni dah jd rumet, mcm2 kuar dah..hehe..cik farah ni dah kepunyaan org, tamo kcaw2 ekk..pakwe die encem oh, mesti farah berapi dgn yaya klw bace ni..haha..yaya x kacaw pakwe org la sayang..jgn risau..farah ni wlw tua setahun dr yaya pun, yaya x leh nak pggil die kakak..xbese kot, die pun x suke gaknye..setahun je pun..haip tp yaya hormat die oke.. =) ..farah ni yaya leh kategorikan die sbgai seorg yg sgt rapat ngan family, family farah ni besar taw..die plg rapat ngan kak ana, kakak atas die..pd die, ape2 pun family first, sume org pun cmtu kot..haha..n die sgt suke bercerita, kdg2 cite x lawak pun boleh jd lawak die cite taw..dia pandai menari, bekas penari Matrik Johor.. sape2 dak KMJ batch08/09 kenal kot die..n plg best time2 cerita ngan tgn2 sekali die gerak..wee~..


lastly...ATIKAH...

em mungkin disbbkan nama dia ade H kat belakang mgkin hati dia keras sikit kot..tp yaya oke2 je ngan die, xde masalah setakat ni..tiqa ni pendiam sikit, x taw la mmg die jenis x suka ckp benda2 merepek mcm ktorg kot..die pun bukan jenis huha2 sgt..ktorg pun huha2 kat bilik je..oke2 la tu..die sgt suka bukak Youtube, tgk cite lam tu..bgus betul..hehe..oh lupe juga nak bgtaw rumet saye ni n si cikin tu peminat cite korea ngan taiwan..smpi profile pic fb dorg pun letak gmbr pelakon korea n taiwan..huhu..gud2..

oke la yaya x taw nak cite ape lg ni..hehe..tata..

p/s : rindu la kat adek saya..lama sgt x jumpa die..

Saturday, March 19, 2011

saye mahu balik rumah!!

Assalamualaikum..
rase rindu kat rumah ni mcm dah x boleh nak bendung la..
xpena lagi 1 sem cume 2 kali je yaya balik..ini x boleh jd..
pelik tahu..ish2..patot ar meroyan mcm ape je kan..
disebabkan yaya ni seorang anak yg manje dah dikasihi oleh ibu dan ayah..hehe..
maka terjadilah dialod diantara ibu dan anaknya yg dipanggil adek..

adek : ibu, boleh x adek nak balik mgu ni..?
ibu : adek nak balik hari apa?
adek :ari Khamis ptg kot..
ibu : tp akak kan x balik, adek balik sorg je kew?
adek : haah la sorg2 je..mcmana bu?
ibu : xpayah la klw akak x balik..nti adek balik pun xda kawan kat umah..

aduh hancur luluh oke hati anak yg manja sorg ni..
ish3..manja betul, mengade sgt la yaya ni..
em oke la ibu x balik la ek..
tgu bulan 5 nti amik adek ea kat sini..

p/s : naseb baek saya ni anak last..mcm title manja tu dah serasi kot..haha~
tp manja2 yaya ni, yaya xda la nak berkepit 24 jam dgn ibu..

Friday, March 18, 2011

sedikit rahsia...

Assalamualaikum..
untuk pengetahuan entry ni dibuat pd pukul 11.10 malam..bersamaan 40 minit selepas selesai jawab skill base CCNA Routing (boleh tanye sape2 yg amik computer networking)..hehe..ape keputusan nye, alhamdulillah x sia2 menghabiskan masa bermanja dgn buku..n nasib baek jugak kena buat dlm packet tracer je, klw buat life configuration boleh pengsan yaya nak abiskan..haha..
oke2 back to basic, sbnrnya cerita diatas x dek kena mengena pun ngan tajuk entry ni taw..haha..yaya dapat idea nak tulis blog ni bile nak pegi toilet td..almaklum la yaya ni mmg suke mengusha org, kdg2 kecian org yg diusha tu padahal dorg x dek buat salah pun ngan yaya..tabiat ah nak wat cmne..
yaya nak kongsi 1 rahsia yaya, jeng3!!haha...
pisssttt...yaya suke tgk gadis2 yg pakai kain batik n laki yg pakai kemeja dan selalu bersongkok/berkopiah..
wee....yaya pun xtaw kenape yaya minat sgt..
yaya rase dorg2 yg pakai mcm tu kan mcm baik2 je taw.. i like..hehe..
bukan la maksudnya org yg x reti pakai kain batik tu x baik..ellow2 untuk pengetahuan yaya sndr pun x reti kot nak pakai kain batik..hoho..konon nak jadi anak zaman moden la tuh..perasan betul..
lagi 1 sbb nape yaya suke tgk org laki pakai kemaja sbb nampak smart la..mcm hensem2 gitu..hehehe..bahaya kan yaya ni suke usha org..dan yaya jugak suke tgk org lelaki yg pakai songkok or kopiah ni..nmpk dorg ni baik2 je kan..anda rase mcm tu x??tp xdek la yaya usha smpi ikut belakang dorg kot..apa barang kalut mcm tu sekali..
dan...idea yaya pun terhenti sbb dpt panggilan dari kakak tersayang..hahaha..
cume nak bgtaw kat org2 yg yaya suke tgk ni..xkesah la org nak kata apa pun tntg anda kerana ANDA ADA IDENTITI TERSENDIRI yg x ada kat org lain taw..caya la!!

tengok2..smart kan..hehe..perempuan tu pun nmpk sopan je kan..hehe...

Wednesday, March 16, 2011

bila dah buka bab kahwin ni..

Assalamualaikum..

luahan hati untuk yaya utk hari ini..

disebabkan umur yaya yg semakin meningkat ni, mmg x lari kan dr memikirkan masa depan kita..apa agaknya kerja kita, bagaimana kawan2 baru yg bakal kita jumpa, siapa peneman hidup kita, bagaimana amal kita dikemudian hari, makin bertambah atau berkurang..insyaAllah harapnya bertambah kearah kebaikan..kdg2 nak memikirkan masa depan ni gerun taw..semakin matangnya kita semakin banyak juga cabaran yg menanti kan..takut2..

skrg ni rumet2 yaya sume dah gatai2 nak kahwin ni..siap boleh melawak lg dgn yaya "saya ni dah tahap wajib kahwin da"..mana x nya, tiap2 malam b4 tido cerita bila la nak kahwin la, bila nak belaja masak ni, nti xreti masak suami x sayang mcmana..adui parah budak2 ni..haha..xpela baek mereka bincang benda2 mcm tu dari dorg buat perkara2 yg x eloknya, yg bakal menambahkan statistik pembuangan bayi2 comel yg x berdosa tu..nauzubillah..mintak jauhkan..

em bila fikir tntg bab kahwin ni banyak sudut kita kena fikir dan nilaikan..takut2 tersilap langkah nti, dah x ada guna..yaya ni x ada la baik pun tp bila dah masuk bab ni yaya mahukan yg terbaik..yaya pasti semua org pun fikirkan perkara yg sma kan..yaya xnak menggadaikan masa depan yaya pada org yg x betul..tp xboleh la yaya je mahu yg terbaik, yaya sendiri juga harus berusaha menjadi yg terbaik..mungkin pada org lain yaya ni biasa2 saja tp biarlah dimata bakal suami yaya, yaya adalah pilihan yg terbaik untuknya..bagi yaya cukuplah bakal penghuni hati yaya ni org yg menjaga solat lima waktunya, yg dapat menjadi imam dlm solat kami, yg dapat menegur yaya bila membuat silap, menghormati keluarga yaya, dan dapat menyayangi yaya dengan sepenuh hati..

yaya rase perkara2 ni semua perempuan pun akan setuju..permintaan ni rasanya x melampau kot..bila sang perempuan telah berusaha menjadi yg terbaik x salah rasanya jika mereka mendambakan sang lelaki dr kalangan yg terbaik juga kan2..em tp sume terpulang pd individu tu jugak, xsume citarasa kita sama kan2..hehe..dan yaya pun mengharapkan sapa2 yg bace entry ni or yg x baca pun x pe..yaya doakan jodoh kamu2 semua dari kalangan yg terbaik ya..yg dapat menyayangi diri anda sepenuh hati, bkn atas sebab yg lain..amiin..

"Saya benci lelaki merokok!!"~sorry to say but its true.. =)

p/s : yaya suruh ibu carikan calon.xtau nak cari sendiri, pilihan ibu xpernah salah kan..insyaAllah..Ya Allah kurniakan aku jodoh yang baik..buat bakal sang suami, maafkan aku kerana pernah membiarkan hati ni kotor kerna menyintai org yg belum berhak untuk ku..ketahuilah diri ini benar2 bersalah padamu..