Sunday, November 14, 2010

Nasihat Untuk Orang Berchinta

Berikut adalah nasihat-nasihat berguna untuk orang-orang yang bercinta:


1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan ‘si dia’.

2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin ‘si dia’ mungkin bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik ‘si dia’.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber’dating’, cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.

p/s: pissttt!!yaya copy dari SINI.. 

simptom exam week*

salam dn selamat pagi semua..
eeh..rase x cam pelik post ni..
hee~post ni dibuat pagi2 oke..
ape tu maknenye?yaya BGN pagi oke!!..
hahaha...silap2!!bukan bgn pagi tp ni sbb x tido lagi ni..
haa..ni semua disbbkan penangan kopi yg terlampau..
hadoiiyai~
igt tido kejap mlm td then bgn nak stay up utk stdy..
mmg la stay up tu study tp masalahnye skrg ni yaya X BOLEH TIDOOO daa!!!!!!!
tulun2...
yaya sgt mengantuk tp mate ni xnak lelap lagi lak...

 p/s : laen kali klw rase x nak tido tu minum la kopi..tp please jgn bese kan diri anda dgn nye..hee,sekali sekala bole la..

wee~yaya mau tido mcm baby ni..

Thursday, November 11, 2010

2 paper sedang menunggu giliran~

assalamualaikum semua..
apa kabar iman hari ni??
harapnya hebat2 belaka ya..hee~
yaya baru habis skill base ke-2 tuk subject data comm and network td..
huui..gempak betul stdy smpai kul 5( yg 1 jam sebelum tu berbual saje, harap maklum.haha..)
tp alhamdulillah semuanye smooth je td wlwpun kena marah sbb x taw nak mule mcmane..wee~
erm harap2 subject ni dapat bantu naek kan pointer tuk sem ni..ameen...
huuw..seterusnye ade 2 lg paper final yg sedang berehat..
tp untuk makluman paper tu je yg berehat oke, yg bakal jwp paper tu x leh berehat lg..haha~
doakan kejayaan yaya untuk 2 paper yg seterusnya ya..
oke la kawan2 nak cerita tu je tuk entry kali ni..
esok2 kite jumpe lagi di alam maya ni ekk..
(bajet macam ade org bace je blog ni, haha..)

ni la tempat tuk cucuk2 kabel tu..name benda ni ialah Router..


p/s : skill base tu untuk dapatkan sijil nak jadi Computer Engineer(betulke?)..wah engineer gitu..insyaAllah~

Tuesday, November 9, 2010

1 dah lepas 4 lagi menunggu~

salam kaseh sayang buat semua~


cume nak bgtaw yaya bru lepas 1 paper..
alhamdulillah semuanya berjalan lancar..
ade 4 lagi..
hohoi, perang2!!

10 /11/ 2010 - DISCRETE STRUCTURE AND ALGORITHM
                     - OBJECT ORIENTED PROGRAMMING

15 /11 /2010 - DISTRIBUTED SYSTEM
                     - DATA COMM AND NETWORKING

p/s : hadoii parah2..macamane dorg buat jadual ni ekk? dalam sehari ade dua paper lak tu..ish3...papepun buat yang terbaek yer Syafika!!anda boleh...sesungguhnya janji Allah itu benar...~

Thursday, November 4, 2010

PEMUDA PEMUDI ACUAN AL QURAN



Pemuda Pemudi acuan AlQuran

Basah lidahnya mengingati Tuhan

Tunduk pandangannya penuh kesederhanaan


Pemuda Pemudi acuan AlQuran

Lembut tuturnya dalam ketaqwaan

Quran & Sunnah jadi panduan


Pemuda Pemudi acuan AlQuran

Hidup matinya kerana Tuhan

Hidup matinya kerana Tuhan

Merekalah Pemuda Pemudi acuan AlQuran

Jadi teladan sepanjang zaman

Jadi teman di perjalanan


p/s : mudah2an kita tergolong diantara pemuda pemudi acuan Al-Quran..insyaAllah...




Wednesday, November 3, 2010

7 Perkara Ganjil


Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."


" Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat
wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.

" Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.
Sambung pemuda itu lagi,

"Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut,

"Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain," Pemuda itu menyambung lagi,

"Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu."

" Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

" Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu.

" Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,"

" Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.
" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.

Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam..


p/s : sentiasa berdoa semoga kita tergolong dalam golongan yang ketujuh..ameen...peringatan untuk diri sendiri..

Tuesday, November 2, 2010

assalamualaikum semua..
xnak tulis panjang2 ni..
cume nak kongsi cite ni..
dapat dr fb kawan2..
mmg seday bace,harap jd pengajaran tuk semua..

"Ayah...pulangkan balik tangan Ita..."


p/s : ade mase lagi nak update blog kan..padahal lagi 7 ari je lg nak final ni..haha~gud luck wahai cik yaya..