Tuesday, August 31, 2010

selamat hari lahir buat diriku dan juga Malaysia..



Dalam kita melayari 10 malam2 terakhir Ramadhan, alhamdulillah sudah tua rupanya diri ini..
bersyukur maseh diberikan nikmat iman dan Islam..
juga bersyukur atas nyawa dn nikmat kesihatan yang maseh diberikan Yang Maha Satu..
31/08/2010 genaplah umurku 20 tahun dimuka bumi ini..
juga genaplah 53 tahun juga Malaysia telah merdeka..


selamat menjadi tue ye Noor Syafika Binti Jamaludin..
semoga umur yg bertambah itu seiring dgn kematangan dirimu..
terima kaseh kpd yg wish bufday yaya yer~
sayang korg2 semua!!
Salam merdeka semua~

kek hari lahir dari classmate!!tq cayang2ku..

p/s : Saya sayang Malaysia..
terima kaseh ibu dn ayahku kerana menjd org yg pertama yg wish bufday!!

Tuesday, August 17, 2010

bersyukurnya kita menjadi umat ISLAM~

Assalamualaikum sahabat2 semua..
ape kabar hari ini, moga ceria2 selalu..(sila senyum semua!!)
sesungguhnya berbahagia lah org yg hari ini lebih baek drpd semalam, rugila bg org yg hari ini sama shja seperti semalam dan celaka lah bg org2 yg hari ini lebih buruk drpd hari sebelumnya..
jadi sahabat2 mari kita sentiasa bermuhasabah diri agar hari2 yg mendatang adalah lebih baek dari hari2 yg sebelum nya..moga2 kita tergolong dikalangan org2 yg berbahagia itu..ameen..
alhamdulillah sedar x sedar dah 7 hari kita dn umat Islam sedunia ini berpuasa..
cukup x puase sahabat2?hee..
tp bukan tu yg yaya nk kongsi kat sini..alhamdulillah td maseh lagi berkesempatan menunaikan terawikh di masjid UMP..dan alhamdulillah maseh ramai yg hadir..
td sedikit tazkirah yg yaya dgr mngenai betape nikmatnya kita umat Islam kerana kita diberikan 1 bulan yg mulia yg mane dalam bulan ini dpt kita beribadah sepuas2nya kerana ganjaran pahala yg berlipat ganda..
tp itu x bermaksud habisnya bulan mulia ini ibadat tambahan kita juga teehenti..seeloknya terus amalkan..insyaAllah nasihat pd si tuan tulis juga..
tp td ade juga perkara yg krg sedap didengar dan semestinya tentang capel..
bukan bermaksud yaya ni anti capel tp bg mereka2 yg sedang mengalaminya peringatkan diri anda..
sekurang2nya hormatila Ramadhan yg datang hanya setahun sekali ini..
rebutlah peluang yg ada, jgn nanti kita sendiri yg merasa rugi di kemudian hari..
insyaAllah peluang yg sekali ini kita penuhi dgn perkara2 kebaikan, tambahkan amalan2 sunat moga2 Ramadhan kali ini lebih baek dr yg sebelumnya dan moga2 semuanya itu tidak sia2..ameen..
wee~rase serius sgt dah ni..pnjg lebar pulak tuh..xpelah sahabat2 moga ape yg tertulis ini menjadi ikhtibar dan buat semua..jadi chill2 saja oke..



p/s : kalaw sampai bulan puasa ni suka dgr lagu Raihan bnyk2..hehe~

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna..
Agar dapat ku lalui dengan sempurna..


~Selamat Berpuasa~

Tuesday, August 10, 2010

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan!~

Assalamualaikum buat sahabat2 semua..
ape kabar harini?hopefully semuanya baek2 saje..
diharapkan harini berlalu dgn hebat..
rase macamana anda hari ini?
yaya rase sangat teruja saat post entry ni..
nak tahu kenape? sbb esok umat Islam seluruh dunia akan berpuasa..
jadi yaya harapkan dan berdoa moga2 Ramadhan kali ini lebih baek drpd yang sebelumnya..
yaya juga harapkan diberikan kesihatan drpd Yang Maha Satu supaya kehidupan yaya dalam bulan mulia ni x sia2 dan yaya dapat tambah dan baiki ibadat2 yaya yg mane kurang perlu la ditingkatkan..
moga2 juga kita diberikan kekuatan untuk selalu bangun malam untuk bersama dengan NYA..

p/s : kat sini yaya nak kongsi amalan2 yg dapat kita tambahkan dibulan Ramadhan ini..moga2 ibadat kita diterima oleh Nya..

Amalan-Amalan di Bulan Ramadhan

-Mengerjakan rukun Islam yang keempat iaitu berpuasa sepanjang bulan Ramadhan. Tentunya sekali pahala yang melimpah ruah ini tidaklah diperolehi hanya dengan menahan diri dengan berlapar dan dahaga sahaja, tetapi hendaklah kita berpuasa juga pendengaran, penglihatan dan tutur kata. Janganlah sia-siakan pahala puasa kita.

-Lakukanlah qiamulail/solat terawih dengan berkualiti, bukan banyaknya. Jagalah adab-adab solat seperti to'maninah, bacaan yang teratur dan rukun-rukun solat yang lain.

-Bersegeralah menunaikan sedekah menurut kadar yang termampu kerana bersedekah pada bulan Ramadhaan itu mempunyai kelebihan dan keistimewaannya.

-Bersungguh-sungguh membaca al-Qur'an (tilawah)

-I'tikaf merupakan ibadat yang mencakupi kebanyakan amalan taat seperti solat, tilawah, berzikir, berdoa dan lain-lain. I'tikaf itu adalah sangat dituntut pada sepuluh hari yang terakhir.

-Mengerjakan umrah pada bulan Ramadhaan.

-Mencari malam Lailatulqadar di mana telah diturunkan al-Qur'an. Malam Lailatul Qadr itu adalah pada sepuluh malam yang terakhir dari bulan Ramadhaan, iaitu pada malam yang ganjil bilangannya.

-Memperbanyakkan zikir, doa dan istighfar pada waktu-waktu yang mustajab.

-Prihatin kepada amalan-amalan khusus di dalam puasa harian seperti waktu berbuka dan bersahur.

-Melaksanakan kewajiban mengeluarkan zakat.

-Mengeratkan silaturahim.


Akhir kata marilah kita juga bertekad untuk mempertingkatkan amalan-amalan utama harian iaitu solat fardhu yang lima oleh kerana amalan puasa sahaja tanpa solat harian tidak selari dengan intipati firman Ayat 183 Surah Al-Baqarah dan dikhuatiri kita akan termasuk dalam golongan orang-orang yang hanya berlapar dan berdahaga sahaja di bulan Ramadhan.

Ingatlah bahawa amalan-amalan sunnah yang dipraktikkan pada bulan Ramadhaan ini tidak berakhir apabila berlalunya Aidilfitri. Sebaliknya segala ibadat-ibadat tersebut adalah latihan untuk kita terus beristiqamah mengerjakannya pada setiap hari iaitu solat fardu berjemaah, solat-solat sunat mu'akadah, bersedekah, tilawah Al-Qur'an, berzikir, berdoa dan beristihgfar pada bulan-bulan seterusnya sehinggalah kita bertemu kembali dengan Ramadhaan tahun depan dengan azam menjadi hamba yang bertakwah. Insya Allah..

Sunday, August 8, 2010

10 sifat calon suami yang baik..~


Jika anda seorang wanita,carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki ,jadilah anda seorang lelaki yang  mempunyai sifat-sifat berikut.
1.      Kuat amalam agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2.      Akhlaknya baik, iaitu seorang yang Nampak tegas tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3.      Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkungjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredebilitinya.

4.      Amanah, dah tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5.      Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6.      Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan yang lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7.      Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun tahu dirinya berkemampuan.

8.      Mempunyai rakan pergaulan yang baek, rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9.      Bertanggungjawab, lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10.  Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

p/s : post ini tidak ada kena mengena dengan yaya..sekadar berkongsi..macam tips la..moga2 bakal suami kita mempunyai ciri2 yg disenaraikan..dan moga2 muslimah sekalian bersiap sedia juga dengan peribadi yg baek(pesanan tuk diri sendiri)..sesungguhnya lelaki yang baek untuk perempuan yang baek..insyaAllah.. =)

Friday, August 6, 2010

Ketika Allah Memilihmu Untukku..~

Ketika Allah Memilihmu Untukku..


Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu memcurah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cintamu padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..


Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Karena kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..


Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya..

Maka genggam tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah pada-Nya ta'ala..


Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusukmu yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..


Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kukuh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..


Padamu yang Allah pilih menjadi pendamping hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan Syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkat, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu melembutkan hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..


Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Redhalah padaku,
Sungguh Redhamu adalah Redha Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Karena bagiku kau adalah kunci Surgaku..




Dari Ummu Salamah, ia berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : "Seorang perempuan jika meninggal dan suaminya meridhoinya, maka ia akan masuk surga." (HR. Ahmad dan Thabrani)



( Oleh Aztriana 180610/ 01'50 Makassar.. ^_^v )


p/s : Setiap dr hati2 kecil wanita inginkan lelaki yg dapat membimbing mereka ke Syurga Allah, tetapi mereka juga lupa untuk mempersiapkan diri dengan ilmu dan agama agar dua2 dapat menasihati serta memperingatkan antara satu dgn yg laen..(perkongsian untuk semua termasuk la si tuan tulis ini)

Monday, August 2, 2010

Sepohon Epal


Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pohon epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pohon epal ini setiap hari. Dia memanjat pohon tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia beristirahat lalu terlelap di perdu pohon epal tersebut. Anak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pohon epal itu juga menyukai anak tersebut.

Masa berlalu… anak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pohon epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pohon epal tersebut dengan wajah yang sedih.

“Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon epal itu.” Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau,” jawab remaja itu.

“Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya,” tambah remaja itu dengan nada yang sedih.

Lalu pohon epal itu berkata, “Kalau begitu, petiklah epal yang ada padaku. Juallah untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan.”

Remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal dipohon itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pohon epal itu merasa sedih. Masa berlalu…

Suatu hari, remaja itu kembali. Dia semakin dewasa.

Pohon epal itu merasa gembira.”Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon epal itu.”Aku tiada waktu untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?” Tanya anak itu.

“Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya.” Pohon epal itu memberikan cadangan.

Lalu, remaja yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pohon epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pohon epal itu pun turut gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana remaja itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pohon epal itu. Dia sebenarnya adalah lelaki yang pernah bermain-main dengan pohon epal itu. Dia telah matang dan dewasa.”Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon epal itu.

” Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi kanak-kanak lelaki yang suka bermain-main di sekitar mu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?” tanya lelaki itu.

“Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pohon ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira,” kata pohon epal itu.

Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pohon epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pohon epal itu. Dia adalah lelaki yang pernah bermain di sekitar pohon epal itu.”

Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi untuk diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat boat. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati…” kata pohon epal itu dengan nada pilu.”

Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pohonmu kerana aku tidak berupaya untuk belayar lagi, aku merasa lelah dan ingin istirehat,” jawab lelaki tua itu.”

Jika begitu, istirehatlah di perduku,” kata pohon epal itu.Lalu lelaki tua itu duduk beristirahat di perdu pohon epal itu dan beristirahat. Mereka berdua menangis kegembiraan.

Sebenarnya, pohon epal yang dimaksudkan didalam cerita itu adalah kedua-dua ibu bapa kita. Bila kita masih muda, kita suka bermain dengan mereka. Ketika kita meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka,dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita didalam kesusahan. Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa saja asalkan kita bahagia dan gembira dalam hidup.

Anda mungkin terfikir bahwa anak lelaki itu bersikap kejam terhadap pohon epal itu, tetapi fikirkanlah, itu hakikatnya bagaimana kebanyakan anak-anak masa kini melayan ibu bapa mereka. Hargailah jasa ibu bapa kepada kita. Jangan hanya kita menghargai mereka semasa menyambut hari ibu dan hari bapa setiap tahun.

-sekadar perkongsian buat sahabat2



p/s : saya sayang ibu ayah saya..