Sunday, November 14, 2010

Nasihat Untuk Orang Berchinta

Berikut adalah nasihat-nasihat berguna untuk orang-orang yang bercinta:


1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan ‘si dia’.

2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin ‘si dia’ mungkin bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik ‘si dia’.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber’dating’, cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.

p/s: pissttt!!yaya copy dari SINI.. 

simptom exam week*

salam dn selamat pagi semua..
eeh..rase x cam pelik post ni..
hee~post ni dibuat pagi2 oke..
ape tu maknenye?yaya BGN pagi oke!!..
hahaha...silap2!!bukan bgn pagi tp ni sbb x tido lagi ni..
haa..ni semua disbbkan penangan kopi yg terlampau..
hadoiiyai~
igt tido kejap mlm td then bgn nak stay up utk stdy..
mmg la stay up tu study tp masalahnye skrg ni yaya X BOLEH TIDOOO daa!!!!!!!
tulun2...
yaya sgt mengantuk tp mate ni xnak lelap lagi lak...

 p/s : laen kali klw rase x nak tido tu minum la kopi..tp please jgn bese kan diri anda dgn nye..hee,sekali sekala bole la..

wee~yaya mau tido mcm baby ni..

Thursday, November 11, 2010

2 paper sedang menunggu giliran~

assalamualaikum semua..
apa kabar iman hari ni??
harapnya hebat2 belaka ya..hee~
yaya baru habis skill base ke-2 tuk subject data comm and network td..
huui..gempak betul stdy smpai kul 5( yg 1 jam sebelum tu berbual saje, harap maklum.haha..)
tp alhamdulillah semuanye smooth je td wlwpun kena marah sbb x taw nak mule mcmane..wee~
erm harap2 subject ni dapat bantu naek kan pointer tuk sem ni..ameen...
huuw..seterusnye ade 2 lg paper final yg sedang berehat..
tp untuk makluman paper tu je yg berehat oke, yg bakal jwp paper tu x leh berehat lg..haha~
doakan kejayaan yaya untuk 2 paper yg seterusnya ya..
oke la kawan2 nak cerita tu je tuk entry kali ni..
esok2 kite jumpe lagi di alam maya ni ekk..
(bajet macam ade org bace je blog ni, haha..)

ni la tempat tuk cucuk2 kabel tu..name benda ni ialah Router..


p/s : skill base tu untuk dapatkan sijil nak jadi Computer Engineer(betulke?)..wah engineer gitu..insyaAllah~

Tuesday, November 9, 2010

1 dah lepas 4 lagi menunggu~

salam kaseh sayang buat semua~


cume nak bgtaw yaya bru lepas 1 paper..
alhamdulillah semuanya berjalan lancar..
ade 4 lagi..
hohoi, perang2!!

10 /11/ 2010 - DISCRETE STRUCTURE AND ALGORITHM
                     - OBJECT ORIENTED PROGRAMMING

15 /11 /2010 - DISTRIBUTED SYSTEM
                     - DATA COMM AND NETWORKING

p/s : hadoii parah2..macamane dorg buat jadual ni ekk? dalam sehari ade dua paper lak tu..ish3...papepun buat yang terbaek yer Syafika!!anda boleh...sesungguhnya janji Allah itu benar...~

Thursday, November 4, 2010

PEMUDA PEMUDI ACUAN AL QURAN



Pemuda Pemudi acuan AlQuran

Basah lidahnya mengingati Tuhan

Tunduk pandangannya penuh kesederhanaan


Pemuda Pemudi acuan AlQuran

Lembut tuturnya dalam ketaqwaan

Quran & Sunnah jadi panduan


Pemuda Pemudi acuan AlQuran

Hidup matinya kerana Tuhan

Hidup matinya kerana Tuhan

Merekalah Pemuda Pemudi acuan AlQuran

Jadi teladan sepanjang zaman

Jadi teman di perjalanan


p/s : mudah2an kita tergolong diantara pemuda pemudi acuan Al-Quran..insyaAllah...




Wednesday, November 3, 2010

7 Perkara Ganjil


Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."


" Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat
wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.

" Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.
Sambung pemuda itu lagi,

"Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut,

"Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain," Pemuda itu menyambung lagi,

"Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu."

" Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

" Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu.

" Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,"

" Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.
" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.

Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam..


p/s : sentiasa berdoa semoga kita tergolong dalam golongan yang ketujuh..ameen...peringatan untuk diri sendiri..

Tuesday, November 2, 2010

assalamualaikum semua..
xnak tulis panjang2 ni..
cume nak kongsi cite ni..
dapat dr fb kawan2..
mmg seday bace,harap jd pengajaran tuk semua..

"Ayah...pulangkan balik tangan Ita..."


p/s : ade mase lagi nak update blog kan..padahal lagi 7 ari je lg nak final ni..haha~gud luck wahai cik yaya..

Sunday, October 31, 2010

FINAL!!!


assalamualaikum semua...
harapnya dalam keadaan yg sihat sejahtera sentiasa..
erm lame dah nak post entry kali tp hari ni baru sempat nak menaip..
sementara semua kawan2 dr universiti yaya juge dr univesiti2 laen dalam mud final exam, jd entry kali ni pun berkenaan dgn tu jgkla kan..
UMP dah start study week, jd dah mule la tabiat2 akhir2 sem ni..
xtaw la ape tabiat2 mereka tu tp anda dan saye sendiri faham diri bukan..


jd yaya doakan yang terbaek tuk semua kawan2 yg nak dah mule final exam mggu depan or mggu lg 1..
yaya start final 09/11/2010 - 15/11/2010..
aja - aja fighting!!
semoga segala usaha dan penat lelah kalian dibalas dgn kebaikan dan kejayaan..
kerana Allah itu Maha Adil dan Maha Pemurah..
jgn lupe tgktkan jgk amalan2 sunat (peringatan tuk tuan blog jgk)..

p/s : jadual exam yaya sangat tough sem nih..hadoiii!!ade 4 paper dalam mase 2 hari..hape????lorr..xpe2,ujian tu..



-mahu off FB selama sebulan atau mungkin lebih-

Thursday, October 28, 2010

Interview2!!

assalamualaikum semua..
first of all, nak mintak maaf sbb last few days ni asik bad mood saje..
walaupun xdek org pun yg amik tahu, tp xpe..hee..
eh, yaya nak cite ni..
yaya nak balik Johor lg hari ni..tp kejap je,esk balik sini balik(jumaat)..
erk?? motif - ade interview SPA la..
waa..dah bape tahun mohon bru dapat tawaran kan..
kecian awk kan cik yaya..takpe2..
tp kawan2 tolong doakan yaya berjaya tuk interview tu esk ye..
wlwpun terpakse berpenat lelah balik kejap je sbb sbtu tu ade HOT tuk OOP..
doakan jugak yaya tuk test OOP tu nti ye..
harap2 semuanya berjalan lancar dan mase yg yaya korbankan tu berbaloi...
ameenn..

untuk rujukan yg bukan dak2 komputer :
HOT-Hand On Test
OOP-Object Oriented Programming

p/s : harap sgt dapat tawaran belajar ni..doakan saye ye kawan2..insyaAllah yang terbaek utk yaya dan anda juge~

Tuesday, October 26, 2010

huru hara~

mood hari ini : kurang baek..

perasaan hari in : gundah gulana~

hari ini : saya sedih (xtaw kenape)

org2 disekeliking saye : bantu saya please!!

p/s : maaf org2 yg disekeliling saya..benar2 tiada mood hari ini..



Tuesday, October 19, 2010

KeReTa iDaMaN~

Assalamualaikum semua..

rase dah lame sgt x post pape kat blog nih..
banyak keje sbenarnye..
test, assignment lagi yg mcm x sbr2 sgt nak dihantar..
alhamdulillah test Mate 2 semalam pun lancar dgn izin Allah..
jd sebelum bersawang blog yaya ni..
tetibe je akal terpikir tntg "perkara" ni wlwpn b4 tu xdek idea lnsg..
perkara ape sebenarnye tu???
ade 3 sebenarnye, jd kite tgk ape yg ade k..

kereta idaman pertama~



 *wee..nti dah keje nak pakai kereta ni..insyaAllah..


kereta idaman kedua~



 *suke sbb design die chantek + sporty jugak la..

kereta idaman ketiga~



 *ini boleh jadi idaman saje la nampaknye..nak pakai tu x mustahil tp bile tu yg cam samar2 lagi..haha, perasan je yaya nih kan2..mahal woo!!

p/s : nak dapat kereta2 ni kena belajar rerajin, dpt keje molek2 boleh la rase kan pakai kereta2 seperti yg diatas ni..insyaAllah..doakan  yaya ye rakan2..

Friday, October 15, 2010

saye semakin _ _ _ _ _!!

Assalamualaikum semua...
salam hari Jumaat!!
mudah2an dgn hari baek bulan baek ni kite pun akan jd baek jgk k?!

nak cerita ni, sehari sebelum yaya tulis entry ni ade la kawan MINDS10 yaya tegur..inila ayat kejam die kalaw korg nak taw : "Hai maken sihat nampak??" oke fine yaya mmg dah maken cubby..terima kaseh la bg yang tegur tu k..haish mane boleh camtu...penat ni yaya tahan makan nasi..dah seminggu ni x makan nasi..hadoyai..xpe2..try lagi,jgn risaw..yaya boleh!!




 p/s : agk2 muke yaya ade x mcm ni..klw mcm ni xpela..comel + cute..wee!

Sunday, October 3, 2010

~manusia terpenting dalam hidupku~

Assalamualaikum sahabat2..
rasenya sempat lagi kan nak wish "Selamat Hari Rayer"..
kali ni yaya nk tulis berkenaan manusia2 terpenting dalam hidup yaya..
bukan bermakna mereka2 yg laen tu x penting..
tp "manusia terpenting" ini lg penting drpd mereka yg penting (paham x ekk?)
erm calon2 nya adalah....jeng3....

1...

"dia WANITA hebat"

tentu sekali ibu adalah manusia pertama terpenting dalam hidup yaya..
xdpt yaya nk bygkan hidup tanpa manusia ini..
ibu bukan wanita berkerjaya dan hebat seperti ibu2 diluar sana..
tp yaya x malu menjadi anak kepada manusia ini malah sangat berbangga kerana dia tetap yg terhebat di hati yaya..
kerana ibu inilah yg telah menjadikan yaya seperti apa yaya hari ini..
walaupun yaya tidak la sehebat org laen..
ibu x pernah lupa untuk bekal kan yaya dgn ilmu agama, kerana itu sahaja yg boleh dia berikan kpd kami..
ibu juga manusia yg x pernah kenal erti penat, putus asa, dan apa itu mengeluh..
Dia tidak pernah memukul kami,apatah lgi berkasar dgn kami..
bebelan ibu itu merupakan nasihat untuk kami..
...ibu wanita hebat...


saye sayang ibu saye.anda juge begitu?

buatmu wahai wanita hebat..
anakmu ini telah banyak menyakiti hatimu..
maafkan aku wahai wanita yg hebat..
tabahkan hatimu untuk mengharungi liku2 hidup yg xpernah engkau minta ia berlaku..
aku tahu engkau kuat wahai ibu..
ketahuilah kami x pernah sekalipun melupakan mu..
engkau tidak pernah aku lupakan dalam doaku acap kalinya..
moga engkau sentiasa berbahagia dengan hidupmu..
kerana engkau berhak untuk itu..

2....


dia ini juga manusia hebat..
dr segi apa hebatnya??
dia la akak yg x pernah berkira dgn yaya lebih2 tntg duet dan barang2 die..
dan tempat yaya kongsi dan luahkan segala masalah yaya..
pelembut org nye..
yaya lagi selesa dgn die dari adek beraek yg laen, mgkn sbb umur kami x bnyk jarak kot..


..saya sayang kakak saya..

adek doakan akak terus berjaya dalam hidup..
buat ape2 yang dapat bangga kan ibu dan ayah..
jaga diri dan iman diluar sana..
kerana adek tahu dugaan disana lagi besar jika hati x kuat..
ingat dari mana kita berasal dan kemana harus kita kembali..
berpijak di bumi yang nyata jangan sampai terjelepuk ketanah..


wahai wanita hebat kedua
aku bangga kerana engkau hadir dalam hidupku..
menjadi sebahagian dari diriku..
jika diri ini bersalah padamu, katakanlah agar salah itu tidak tidak memakan dirimu sendiri..
agar dalam hati kita tidak akan pernah ada kecil hati, walau sedikitpun..
wahai wanita hebat..
semoga yang terbaik buat dirimu dikemudian hari..

3.....

wanita ini juga hebat..
besar impak nya kepada diri yaya..
dari yaya yg dahulu nya kepada yaya yang kini nya..
bagaimana yaya yang kini nya hanya kawan2 yaya sahaja yang tahu..
jadi kepada wanita ini..
terima kaseh akak ucapkan..
moga usaha dakwah mu berterusan..
dan moga2 engkau menjadi muslimah sejati..
amin..

buatmu wanita hebat ke tiga..
aku bangga dapat mengenalimu..
walau hanya seketika perkenalan kita..
tp yang pastinya ukhuwah kita tetap bersatu..
aku sangat2 berterima kaseh padamu..
 kala aku merasa diriku sudah kelaut kamu datang menghulurkan tanganmu..
dengan penuh hikmat kamu mengajak ku pulang..
terima kaseh wahai serikandi Islam..
aku sentiasa mendoakan kamu wahai muslimah..
semoga ukhuwah yang terjalin tidak berakhir dengan sia2..
insyaAllah...

p/s : buat manusia2 hebat ini terima kaseh kerana telah menerima ku dalam kehidupan mu..aku sangat berbangga menjadi sebahagian daripada dirimu..doa aku buat kamu semoga sentiasa dalam perlindungan Yang Maha Esa..doakan juga diriku disini..semoga selamat segalanya dan pulang dengan kejayaan..insyaAllah, amin..


Thursday, September 30, 2010

.deactived.

Assalamualaikum..
bg sesiape yg ade fb mesti dah biase dgr kan tjuk entry ni..
 saje nak bgtaw kat korg yaya dah deactived fb..
reason ? malas nak mengadap lappy 24 jam (tipoo jer) just 4 fb..
harap2nye lepas ni bole la ade mase lapang utk buat kerja2 yg lagi berfaedah selaen berkomen2 msg kat fb je yer..(nampak mcm x molek pulak)..
skrg ni nak luahkan pape bole luah kat blog saje..
tp xpe xdek la sume org nak taw ape yg yaya alami kan2..
to my LoVeLy blog,sile bg kerjasama anda kepada saye..hehe
to kawan2 ade ape2 just PM yaya je oke..
peace!!

Bile la agknye yaya dapat ke sini..menjadi salah seorg daripada berjuta2 jemaah..


p/s : nak ucap SELAMAT HARI LAHIR buat Linda..kuliahmate yaya mase Tahun 1..semoga diberkati umur anda dan teruskan usaha anda dalam berdakwah..yaya suke berkawan dgn Linda..sweet aje oke..

Tuesday, September 28, 2010

Bersama2 mereka~

Assalamualaikum sahabat2..
apa agaknya kabar shbt2 sy disini..
rasa agak lama x berkunjung di blog ni dn berkongsi sesuatu..
tp x ada apa sgt pun yg menarik sepanjang ketiadaan yaya selaen dr kesibukan aktiviti di UMP ini..
cume nya yaya mahu berkongsi gambar2 di hari raye yg yaya rase mud raye maseh ade dan kueh raye pun maseh berlambak ni..hehe
enjoy oke...


Beraye bersama2 ex-classmate P3 SM Teknik Johor Bahru..... - 16/09/2010

Second rumah yg kami raye, umah Nadiah..

si Afif malu2 pulak,hampeh..

saye si tukang amek gmbr yer..

5 dara jelita..(jelita la pulak kan)..

hahaha...

Afif..Din..Yb Daus

si bos besar..

keluarga bahagia..

rumah ketiga, Maziah punye rumah..

last rumah..Ate + rumah pling havoc

Jamuan Raye Fakulti Sistem Komputer dan Kejuruteraan Perisian(FSKKP) - 22/09/2010






ain wif faten..

ex classmate yaya sem lepas..

bukan scandal tp jeng3...

lima sekawan...

ni bukan kasut raye tp kasut recycle...hehe

cumel x? jumpe mase balik jamuan ritu...

cumel2...